Sinopsis - Kayangan
Sebuah planet buatan, Kayangan namanya, terapung menurut orbit yang jaraknya hanya 700,000 batu lebih jauh dari orbit bumi. Ia menempatkan hampir 200 000 Manusia. Hidup dengan dibantu oleh teknologi termoden yang membekalkan tenaga dan mengitar sumber makanan, air dan sumber penting. Mereka telah berlepas dari bumi kira2 30 tahun yang lalu. Kerana waktu itu bumi telah habis binasa pleh pencemaran dan ketandusan sumber tenaga. Ketika pelancarannya, masih terdapat kira2 7 billion manusia yang menuju kehancuran, kebuluran dan kemusnahan. Hanya mereka yang bernasib baik telah dipilih untuk diterbangkan ke angkasa dengan planet buatan ini, untuk meneruskan kesinambungan spesis manusia. Keriteria pemilihannya sangat ketat. Hanya mereka yang benar2 mampu membawa kehidupan yang baik dipilih. Antara kriterianya ialah, punya IQ yang tertinggi. Disamping itu punya daya kreativiti dan sikap dan emsoi yang dapat memanfaatkan sumber dengan cekap dan kreatif. Tidak hanya dipilih dari segi kekuat...