PASAK: 7- SERATUS BATANG MERBAU
(Babak: Prologue , 1 , 2 , 3 , 4 , 5 , 6 , 7 , 8 , 9 , 10 , Epilogue ) Untuk dapatkan ebook percuma manuskrip keseluruhan drama Pasak, sila muaturun di SINI . ( https://drive.google.com/file/d/1AlkHH_OZwuf629savl1Z_oToNH0BGmdk/view?usp=drive_link ) Di pejabat Pengarah Jabatan Rimba Daerah. Waktu siang Suasana di dalam sebuah pejabat sederhana. Terdapat satu set sofa. SEMAN, dan MOHSIN sedang duduk. MOHSIN: Kilang yang Encik Seman nak buat ni hampir 4 ekar. Besar ni. Tanah siapa ni ya? SEMAN: Ini tanah anak kampung tu juga. Tanah sawah asalnya. Dengan duit jual tanah tu tak payah mereka bersawah lagi. Tambahan pula, saya beri mereka dan anak2 kampung jawatan dan pekerjaan di Kilang tu. MOHSIN: Baguslah kalau macam tu. Tapi sayang juga tanah sawah tu. Sawah Kampung Encik Seman ni istimewa. Beras nya kalau jual sampai ke Singapura mahal harganya. SEMAN: Betul tu. Tapi jangan risau, banya...