Posts

Kisah Datuk Fulus Sang Usahawan Hebat

Image
  Alkisah bermula disebuah kampung yang terpisah dari dunia luar. Kampung Santai Sempoi namanya.  Penduduknya hidup harmoni bertani, menternak lembu kambing, menangkap ikan. Oleh kerana jauhnya kampung itu dari bandar dan kampung lain, amat sukar untuk barang dari luar untuk sampai ke daerah itu. Oleh itu kebanyakan keperluan mereka diusahakan sendiri. Keperluan pakaian mereka ditenun oleh beberapa keluarga yang menghasilkan benang dari kapas yang ditanam sendiri. Untuk membina rumah pula, mereka ada beberapa tukang kayu mahir yang mengambil hasil balak dari hutan di kaki gunung di hujung kampung. Demikianlah kehidupan mereka, aman damai. Tidak mewah tapi cukup untuk hidup tenang dan sejahtera. Namun tidak mereka sedari, di bawah tanah yang mereka duduki terdapat kekayaan yang tidak pernah mereka impikan. Tanah kampung Santai Sempoi istimewa. Ia mengandungi bijih laghium, unsur galian yang diperlukan oleh dunia luar untuk menyalakan jentera dan kenderaan moden dengan berkesan....

outline: Kisah putera palsu (scientism)

Suatu daerah, yang mnunggu kehadiran seorang putra yg entah bila sampainya. Akhirnya ramai yang menyamar jadi putera itu dan mengambil  kesempatan. Maka datuk bandar ambil keputusan mencipta undang2 yang mencegsh puteta palsu. Akhirnya dia sendiri seronok jadi penguasa dan hapuskan kewujudan putera, kata ia hanyalah sebagai mitos. Dia ingin berkuasa. akhirnya, bila putera sebenar muncul, dia cuba menghapuskannya. Akhirnya dia gagal. Alegori kepada scientism cuba menghapuskan ugama dan ia sendiri menjadi ugama.

Sinopsis - Kayangan

Sebuah planet buatan, Kayangan namanya, terapung menurut orbit yang jaraknya hanya 700,000 batu lebih jauh dari orbit bumi. Ia menempatkan hampir 200 000 Manusia. Hidup dengan dibantu oleh teknologi termoden yang membekalkan tenaga dan mengitar sumber makanan, air dan sumber penting. Mereka telah berlepas dari bumi kira2 30 tahun yang lalu. Kerana waktu itu bumi telah habis binasa pleh pencemaran dan ketandusan sumber tenaga. Ketika pelancarannya, masih terdapat kira2 7 billion  manusia yang menuju kehancuran, kebuluran dan kemusnahan. Hanya mereka yang bernasib baik telah dipilih untuk diterbangkan ke angkasa dengan planet buatan ini, untuk meneruskan kesinambungan spesis manusia. Keriteria pemilihannya sangat ketat. Hanya mereka yang benar2 mampu membawa kehidupan yang baik dipilih. Antara kriterianya ialah, punya IQ yang tertinggi. Disamping itu punya daya kreativiti dan sikap dan emsoi yang dapat memanfaatkan sumber dengan cekap dan kreatif. Tidak hanya dipilih dari segi kekuat...

PASAK: EPILOGUE

Image
(Babak:  Prologue ,  1 ,  2 ,  3 ,  4 ,  5 ,  6 ,  7 ,  8 ,  9 ,  10 ,  Epilogue ) Untuk dapatkan ebook percuma manuskrip keseluruhan drama Pasak, sila muaturun di  SINI . ( https://drive.google.com/file/d/1AlkHH_OZwuf629savl1Z_oToNH0BGmdk/view?usp=drive_link ) Pemandangan waktu petang di tepi sawah yang musnah. HASSAN, IMAM ROS dan MANSUR berdiri di tepi jalan di tepi sawah dan memandang jauh ke tengah sawah. IMAM ROS: Nampaknya Tahun ni tak berberas kita. Di Setawar pun orang kata beras dah tak ada, sebab kapal tak masuk. Semua orang takut perang sampai ke sini. HASSAN: Nampaknya semua kena tanam ubi keledek. Itu saja yang cepat. Musim padi lambat lagi. Tapi itulah, makan ubi ni boleh tampung lapar saja. Tapi orang kampung akan jadi kurus dan lemah. MANSUR: Agaknya kalau hutan gunung sirat tu tak diusik, mungkin tak jadi bencana ni. HASSAN: Memang pembalakan di situ menjadi punca bencana ni. Ta...

PASAK: 10- JALAN PULANG

Image
(Babak:  Prologue ,  1 ,  2 ,  3 ,  4 ,  5 ,  6 ,  7 ,  8 ,  9 ,  10 ,  Epilogue ) Untuk dapatkan ebook percuma manuskrip keseluruhan drama Pasak, sila muaturun di  SINI . ( https://drive.google.com/file/d/1AlkHH_OZwuf629savl1Z_oToNH0BGmdk/view?usp=drive_link ) Suasana waktu pagi di Rumah Hassan, Hujan masih turun. Waktu siang. Kelihatan ROSNAH, duduk di tangga bersama dua orang wanita yang lebih berumur, MUNAH dan LEHA, yang duduk dilantai. MUNAH: Sabarlah Senah ya, kita doalah supaya Hassan dan Induk kau selamat. ROSNAH: Memang tak berhenti berdoa Kak Munah. Sejak Tok Penghulu balik semalam dari Kampung Hilir, masih tak ada apa berita tentang abang Hassan dengan Induk saya dan cucu dia. LEHA: Pukul Berapa Penghulu Kasim datang semalam? ROSNAH: Dalam pukul 11 malam kak. Dia datang tanya pasal Bang Hassan. Sebab masa di sana dia tak nampak bot   Bang Hassan. Lepas tu dia bergegas  ...

PASAK: 9- HUJAN

Image
(Babak:  Prologue ,  1 ,  2 ,  3 ,  4 ,  5 ,  6 ,  7 ,  8 ,  9 ,  10 ,  Epilogue ) Untuk dapatkan ebook percuma manuskrip keseluruhan drama Pasak, sila muaturun di  SINI . Di Rumah Tok Penghulu Kasim. Waktu Siang. Kelihatan SEMAN dan Tok PENGHULU KASIM sendiri sedang berbual. Waktu siang. Di luar hujan turun dengan lebat. PENGHULU KASIM: Nasib baik kau Singgah Seman. Sebenarnya aku memang nak jumpa engkau ni nak bertanya hal penting. Tentang hal sungai kampung ni. Nampaknya bila hujan air cepat sangat naik sampai ke tebing. Aku risau kalau hujan tak berhenti turun macam ni, boleh banjir kampung ni. Eh dulu kau kata masalah macam ni tak akan terjadi? Kau kata kalau kau bawak keluar kayu2 tu, air tak akan naik? Kau kata sungai kau akan korek selalu. Macamana ni? SEMAN: Sebenarnya Bang. Ada masalah sikit. Mesin pengorek di Kuala Serai saya rosak. Mahal nak baiki. Dah dua bulan tak dapat mengorek sungai. PEN...

PASAK: 8- TIKUS DAN ULAR

Image
(Babak:  Prologue ,  1 ,  2 ,  3 ,  4 ,  5 ,  6 ,  7 ,  8 ,  9 ,  10 ,  Epilogue ) Untuk dapatkan ebook percuma manuskrip keseluruhan drama Pasak, sila muaturun di  SINI . ( https://drive.google.com/file/d/1AlkHH_OZwuf629savl1Z_oToNH0BGmdk/view?usp=drive_link ) Di Rumah Hassan. Waktu Petang. MANSUR sedang duduk berbual bersama HASSAN. ROSNAH turut ada di Sebelah Hassan Suaminya. MANSUR: Hassan, Rosnah, aku datang ni hantar duit padi bahagian kamu tu. Maaflah Musim ni banyak ni sahaja yang kita dapat. HASSAN: Terima kasih Mansur, dah cukup dah ni. Aku tengok orang lain pun tak seberapa tuainya musim ni. Ini dah cukup bagus kau masih tolong sawah aku tu. Kau pun tahu, aku dengan kerja membuat rumah di Setenang, tak sempat kalau aku nak bersawah sekarang ni. ROSNAH: Betul Bang Mansur, Kami ni sekarang selalu ke sana. Kadang2 dua   hari baru balik. Kalaulah Bang Mansur anak beranak tak kerjakan sawah ...