Monday 13 April 2020

PASAK 1: TIGA RATUS GANTANG BERAS

 Muaturun Naskhah ebook PASAK

(Babak: Prologue1, 2345, 678910Epilogue)


Waktu tengahari Di rumah HASSAN,
Isterinya ROSNAH sedang memasak di dapur. HASSAN masuk dengan wajah yang agak teruja.

ROSNAH:
Hai abang, awal balik hari ni, dah habis membajak ke.
HASSAN:
Tak, hari ni abang tak turun ke sawah pun. Baru balik dari rumah penghulu.
ROSNAH:
Jadi betullah kita tak ke sawah tahun ni?
HASSAN:
Rasanya dah tak perlu. Abang diminta buat rumah baru penghulu.Bertukang. Dia janji nak bagi tiga ratus gantang beras dan  lembu dia dua ekor. Tanah dia beli di sebelah masjid, besar juga dalam 2 ekar.
ROSNAH:
Banyak juga tu. Tapi sawah kita tu takkan kita nak biarkan saja. Lima relung tu bang.
HASSAN:
Jangan risau, sawah kita tu abang pajakkan pada Mansur. Kan dia ada anak lelaki ramai, boleh tolong tu. Abang suruh dia usahakan, nanti hasilnya kita bagi sama rata.
ROSNAH:
Dia setuju ke?
HASSAN:
Ya, dia kata hasilnya dia nak jual di Kota Setawar. Di sana beras kita ni mahal harganya.
ROSNAH:
Kalau saya congaklah bang. Penghulu bagi kita tiga ratus gantang, kalau Mansur bagi kita separuh dari hasil sawah kita, dah jadi tujuh ratus gantang. Kita pakai pun tak sampai lima puluh gantang setahun. Lebih enam ratus gantang tu nak jual ke?
HASSAN:
Itulah mansur akan tolong jualkan di Kota Setawar. Kalau dia jual kan enam ratus gantang tu, bolehlah dapat dalam satu dua ratus ringgit.
ROSNAH:
Banyak tu bang. Nak buat apa dengan duit tu?
HASSAN:
Abang ingat nak beli kerusi meja perabot jatilah. lebih tu simpan. Abang tengok rumah penghulu ada kerusi tu, cantik. Nanti bila orang datang rumah kita nampaklah macam orang berada nanti. (sambil tersengih berangan)
ROSNAH:
Rasa macam membazirlah bang. Selama ni rumah kita elok saja saudara mara datang duduk atas tikar. Tak perlu kerusi meja pun. Beli tikar mengkuang Mak Lijah yang cantik sikit pun dah nampak lawa. Ini kalau  dah ada kerusi meja, berapa orang sangatlah boleh duduk makan.


HASSAN:
Ish awak ni, dunia dah berubahlah. Orang tak duduk atas lantai lagi, kalau pergi ke bandar sana tu, setiap rumah ada kerusi meja.
ROSNAH:
Yelah Bang. Kalau dah itu hajat abang. Saya ikut saja.
HASSAN:
Lagipun abang rasa inilah masanya abang gunakan ilmu buat rumah yang datok abang turunkan kepada abang. Yelah dulu ingatkan abang nak jadi tukang rumah. Dah buat juga tiga buah  disana. Bila arwah ayah ajak abang balik ke Kampung ni, terus kerjakan sawah.
ROSNAH:
Abang boleh saja jadi tukang rumah, selepas menuai buatlah rumah penghulu tu. Tak payahlah sampai berhenti bersawah.
HASSAN:
Abang terfikir juga macam tu, tapi kalau ganjarannya lumayan, abang tak ke sawah pun tak apa. Ada duit lebih lagi. Hai, tak nak ke kerusi jati? Bergaya tau.


ROSNAH:
Kalau dah rezeki tu saya terima sajelah. Tapi yang saya hairan, kenapa nak buat rumah tu di masa musim membajak menyemai ni. Tak boleh ke Penghulu tunggu lepas mengubah anak padi untuk abang mulakan kerja tu?
HASSAN:
Boleh saja. Tapi abang terfikir, kalau selepas rumah penghulu tu siap, abang ada masa untuk buat rumah adik dia pulak di Setenang, dia kata adik dia pun nak buat rumah juga.
ROSNAH:
Wah, nampaknya bersambung2lah abang bertukang ye?
HASSAN:
Itulah cadangnya nak buat rumah penghulu tu sekarang. Supaya lepas musim menuai abang boleh ke Setenang pula buat rumah adik dia.
ROSNAH:
Adik dia yang mana satu?
HASSAN:
Si Seman, yang nombor tiga. Dia baru balik dari berdagang kapal. Katanya dia dah jadi orang kaya di Setenang. Itu yang dia nak buat rumah baru tu.
ROSNAH:
Rezeki orang kan bang, untung dia.
HASSAN:
Yelah. Kita pun boleh tambah rezeki kalau ambil peluang ni.
ROSNAH:
Saya doakan saja kita dapat yang terbaik dan berkat. Hmm, makanan dah siap ni. Abang nak makan sekarang ke atau tunggu lepas zuhur?
HASSAN:
Lepas Zohor lah. Di rumah penghulu tadipun dia hidangkan goreng pisang. Rasa kenyang pulak lagi.
Blackout


Untuk dapatkan ebook percuma manuskrip keseluruhan drama Pasak, sila muaturun di SINI.
(https://drive.google.com/file/d/12QFagK8c4SDyku6HfYFpnXT3Bt7C_4cr/view?fbclid=IwAR3Ce4jSJjsbImHeE5x-mVMQl6P0TLDpZIKKi-YGuTNeKyC4FNidcjwPsKw)

No comments:

Post a Comment