Monday 13 April 2020

PASAK: Prologue

Prologue
(Babak: Prologue, 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, 10, Epilogue)

Kisah di Semenanjung Tanah Melayu, di awal 1940an. Waktu ini, Tanah Melayu masih di bawah pemerintahan British. Namun Kuasa perang dari timur sedang menghampiri.
Disebuah kampung,  Kampung Sawah Hulu namanya. Penduduk hidup dengan bersawah padi. Sawah terbentang sehingga ke kaki gunung Sirat, yang terletak di dalam Banjaran Titiwangsa. Di petak-petak yang sudah diairi, kelihatan merata2 sosok pesawah2 sedang mengemudi bajak yang ditarik kerbau2 gagah. Juga terdapat kumpulan kanak2 yang berlari2 di petak sawah, menangkap ikan sambil bermain bersama. Dipinggir sawah, dipagari dengan pepohon nyiur yang tinggi melambai, seakan menghiburkan anak bumi yang sedang berusaha. Ditebing sungai, Kelihatan deretan rumah kayu yang sama senibinanya, berbumbungkan rumbia.

Kisah ini akan menceritakan perubahan zaman, apabila dunia semakin maju, pergolakan yang mengiringi dan persimpangan yang harus dipilih. Kisah alam yang membentak, sifat tamak yang sentiasa terpendam di jiwa setiap insan, namun cuba diimbangi sifat reda dan syukur yang sentiasa disemai. Perubahan adalah pasti, namun memerlukan renungan nurani untuk menilik arah, menentukan sejahtera. Andai tidak dipeduli, maka alam sendiri akan  mengajar manusia.

Untuk dapatkan ebook percuma manuskrip keseluruhan drama Pasak, sila muaturun di SINI.
(https://drive.google.com/file/d/12QFagK8c4SDyku6HfYFpnXT3Bt7C_4cr/view?fbclid=IwAR3Ce4jSJjsbImHeE5x-mVMQl6P0TLDpZIKKi-YGuTNeKyC4FNidcjwPsKw)

 muaturun ebook

No comments:

Post a Comment