Manuskrip Drama Pasak: Pengenalan
Karya di dalam blog ini dimulakan dengan kisah yang bertajuk PASAK. Kisah ini dihasilkan dengan tujuan untuk mendekatkan jiwa generasi
baharu dengan dinamika sejarah terciptanya bangsa, negara bahkan peradaban
moden. Ia mengajak kita berfikir tentang hubungan manusia dengan alam sekitar,
dan tentang pergolakan kemanusiaan yang sentiasa ada sepanjang zaman. Harapannya
disini agar mereka memahami susur galur segala apa yang dikecapi hari ini. Juga
dengan harapan mengandaikan jika mereka diberi peluang untuk menentukan arah
masa hadapan bangsa, negara, bahkan dunia, jalan yang akan dipilih adalah yang
terbaik. Untuk itu jiwa2 baharu ini perlu dibawa menyusuri dan menyelami perjalanan
orang yang terdahulu yang diberi pilihan yang sama, dan diambang zaman yang
sentiasa berubah.
Karya ini boleh digunakan secara bebas untuk pendidikan, di
sekolah2, di pengajian tinggi atau di mana sahaja yang tidak berasaskan
keuntungan. Ia bermatlamatkan kesedaran dan pendidikan dengan syarat disebut
penghargaan kepada karya asal.
Penghayatannya boleh di jadikan sebagai cerita untuk lakonan,
pementasan, perbincangan, atau apa sahaja. Dalam apa saja bentuk penghayatan, tiada
halangan dihadkan membuat perubahan mengikut kesesuaian penghayatan.
M. F. Lestari

Comments
Post a Comment